SPRITZER MEMPERSEMBAHKAN ONG-ONG WISHES, SUI — SUI DISHES!
SPRITZER (“Syarikat”) mempersembahkan “ONG-ONG Wishes, SUI-SUI Dishes!”, sebuah filem pendek bersempena Tahun Baharu Cina ini, dengan sajian popular hasil idea Ketua Chef Restoran De Beauty.
Disajikan bersama Air Mineral Semulajadi Spritzer, “ONG-ONG Wishes, SUI-SUI Dishes!” adalah persembahan sajian-sajian popular berlatar belakangkan majlis makan malam perhimpunan keluarga pada malam sebelum tahun baharu lunar apabila seisi keluarga berkumpul meraikan waktu bersama-sama dan saling mendoakan kesejahteraan dan kemakmuran pada tahun mendatang ini.
Penonton boleh menonton suasana riang dan kebaikan besar air mineral semulajadi di pautan ini.
Syarikat ingin menjelaskan bahawa video pendek ini adalah mengenai sambutan Tahun Harimau dengan juadah yang enak dan ucapan doa yang membawa memori terhadap hidangan yang sedap dan kehadiran ahli keluarga disayangi bersama manfaat kesihatan Air Mineral Semulajadi Spritzer. Spritzer berharap agar filem pendek ini bukan sahaja membawa kemesraan apabila keluarga berkumpul tetapi dapat memberi inspirasi kepada kita semua untuk hidup lebih sihat dan merasai nikmat kehidupan sepenuhnya.
SPRITZER juga menyertai Anugerah Pilihan Pakar (Experts’ Choice Awards) — Top 10 CNY TVCs Edisi 2022 dan mempelawa orang ramai untuk mengundi menerusi pautan ini, expertschoiceawards.com/vote bermula dari 1 Februari, 2022 hingga 14 Februari 2022.
Bagi mereka yang belum memilih air minuman bagi musim perayaan ini, anda boleh mendapatkan produk Spritzer daripada kedai berdekatan dan berpeluang memenangi peraduan Minum, Menang & Huat (Drink, Win & Huat) yang berakhir pada 15 Februari 2022.