IBN Corp Ltd menangi Anugerah Pilihan Pengguna yang berprestij
KUALA LUMPUR (23 FEB) — IBN Corp Ltd (IBN Corp) baru sahaja meraih Anugerah Pilihan Pengguna 2022, pengiktirafan berprestij oleh National Consumer Action Council atau Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN).
Anugerah itu adalah pengiktirafan kepada syarikat yang berupaya memenuhi kepuasan pelanggan dan memperoleh kecemerlangan perniagaan bagi kualiti produk serta perkhidmatan, profesionalisme dan integriti mereka. Seperti tahun-tahun sebelumnya, Anugerah Pilihan Pengguna 2022 telah juga diiktiraf oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna dan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia.
Ia adalah kemuncak pencapaian usaha dan kesetiaan jenama pemenang kerana ia berdasarkan tinjauan MTPN yang mengumpul dan menyemak pendapat beribu-ribu pelanggan setiap tahun. Syarikat menggunakan dapatan ini untuk meningkatkan kepuasan pelanggan dan pembangunan perniagaan, manakala sistem promosi sosial memberi kuasa kepada pelanggan untuk lebih berpengetahuan dalam membuat pilihan pembelian.
Anugerah tersebut adalah satu pencapaian membanggakan diraih IBN Corp yang bekerja tanpa jemu setiap tahun. Ia sememangnya bukti kepada dedikasi berterusan IBN Corp dalam mememunuhi kepuasan pelanggan. “Dari sesi penglibatan dengan bakal pembeli hartanah dan pelabur yang berpengalaman sehinggalah kepada menjalankan tinjauan pasaran khusus, pasukan kami sentiasa berusaha untuk menambah baik cara kami menjalankan perniagaan. Kami berbesar hati untuk diiktiraf di atas prestasi profesional dan kepakaran kami,” kata Naib Presiden IBN Corp Megat Khalil Izzuddin Shah.
“Kami sangat menghargai undi keyakinan oleh pelabur hartanah, pihak pemegang taruh dan mereka yang mengenali kami. Kami teruja kerana begitu ramai orang di rantau ini mengaitkan IBN Corp sebagai antara pemaju hartanah mewah yang dipercayai” tambah Megat.
IBN Corp, yang ditubuhkan secara rasmi di Malaysia pada 2018, memberi tumpuan kepada pembangunan hartanah mewah dan mempunyai pangkalan pelanggan yang kebanyakannya terdiri daripada pembeli luar negara. Pembangunan utama IBN Corp termasuk IBN Bukit Bintang — pembangunan bertingkat tinggi mewah dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.3 bilion yang akhirnya akan menjadi bangunan kediaman tertinggi di Kuala Lumpur serta IBN Highlands City, projek pembangunan bercampur dengan GDV RM6.2 bilion yang terletak di Genting Highlands.
Projek pembangunan kecil lain melibatkan anak syarikatnya adalah Bentong Eco Park di Pahang dan Green City di Serendah, Selangor.