G3 Global merekodkan perolehan tinggi dalam tahun 2021 berikutan agihan penyelesaian kit ujian COVID-19 yang tinggi

Business Journal
4 min readFeb 27, 2022

--

KUALA LUMPUR (Feb 25) — Pakar kecerdasan buatan G3 Global Berhad (G3 Global atau Kumpulan) melengkapkan tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 (FY2021) dalam nota positif sebagaimana perolehan sukuan Kumpulan melonjak ke tahap tertinggi dalam tempoh lebih 4 tahun.

Bahagian penjagaan kesihatan menunjukkan prestasi cemerlang di mana pendapatan meningkat lebih banyak 700 peratus, suku ke suku berikutan jualan kukuh kit antigen COVID-19, yang mendorong G3 Global mendekati sasaran pemulihannya.

G3 Global, yang juga membekal Internet-of-Things (IoT) berkaitan objek dan penyampaian penyelesaian data berasaskan awan, merekodkan perolehan RM18.79 juta di dalam suku keempat 2021 mewakili pertumbuhan kukuh lebih dari lapan kali tahun ke tahun. Kumpulan mencatatkan hasil RM2.29 juta pada suku tahun sebelumnya.

Dari segi prestasi bottom line, G3 Global merekodkan kerugian sebelum cukai RM7.27 juta di dalam suku keempat 2021 berbanding dengan kerugian sebelum cukai sebanyak RM6.97 juta tahun sebelumnya.

Jumlah yang lebih tinggi perlu dibayar ke atas pelaksaan yang diambil oleh G3 Global untuk bahagian Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) khususnya berkenaan item yang berkaitan dengan kerjasama lepas dengan Green Packet Berhad.

Ini membabitkan rosot nilai RM2.9 juta dibuat ke atas jumlah hutang oleh Green Packet Bhd untuk produk ICT yang dibeli daripada G3 Global serta hapus kira inventori bernilai RM2.2 juta yang berkaitan telematik dan Internet of Things.

Jika rosot nilai dan hapus kira tidak dimasukkan, G3 Global akan melaporkan kerugian sebelum cukai hanya RM2.2 juta di dalam suku keempat 2021.

Sebagaimana tempoh 12 bulan berakhir 31 Disember 2021, G3 Global merekodkan 57 peratus lonjakan di dalam perolehan kepada RM23.6 juta berbanding RM15.03 juta sebelumnya, yang terutamanya didorong oleh bahagian Penjagaan Kesihatan. Sementara itu, Kumpulan berjaya mengurangkan kerugian sebelum cukai kepada RM9.22 juta bagi tahun kewangan 2021, turun 31 peratus tahun ke tahun daripada RM13.39 juta.

Turut diberi perhatian ialah kerugian bahagian teknologi maklumat dari operasi tahun kewangan 2021 menurun 13 peratus tahun ke tahun kepada RM11.69 juta, berikutan pelaksanaan kos rasionalisasi yang dijalankan oleg G3 Global dan juga anak syarikatnya. Sebaliknya bahagian Penjagaan Kesihatan menyumbang keuntungan RM2.48 juta bagi tahun kewangan berakhir 2021.

En. Dirk Quinten, Pengarah Urusan, G3 Global Berhad

En. Dirk Quinten, Pengarah Urusan G3 Global Berhad berkata, “Pemulihan kewangan G3 Global telah melonjak berikutan pembabitan di dalam sektor penjagaan kesihatan menerusi pengambilalihan 51 peratus saham di dalam Bestinet Healthcare Sdn Bhd.

Tinjauan Penjagaan Kesihatan Bestinet kekal positif, dengan tempahan 2 juta kit ujian di dalam tangan. Jika momentum sekarang berterusan, Kumpulan berada di dalam landasan tepat untuk kembali untung menjelang suku ketiga 2022. Berikutan pembabitan kami di dalam penyelesaian agihan kit antigen COVID-19, G3 Global mendapat manfaat dari permintaan kukuh khususnya kit ujian kendiri berikutan lonjakan kes-kes virus korona di Malaysia.

Sebagai tambahan, dengan jangkaan pemulihan ekonomi Malaysia pada tahun ini, kami juga positif bahawa bahagian teknologi maklumat akan mendapat manfaat daripada aliran projek yang lebih besar. Kami menerima banyak pertanyaan dari pelanggan sedia ada dan baharu dan ini harus diterjemahkan kepada prestasi yang lebih baik untuk bahagian teknologi maklumat.

Dengan kesan pandemik semasa, Kumpulan akan terus memberi tumpuan kepada (1) melebarkan penglibatan di dalam sektor penjagaan kesihatan dan meneroka projek-projek utama ICT, (2) meningkatkan usaha pembangunan perniagaan untuk meningkatkan pendapatan (3) penyusunan korporat untuk meraih dana.

Bergerak ke depan, G3 Global akan diterajui oleh lembaga pengarah yang baru khususnya pemegang saham utama baru Datuk Seri Aminul Islam Abdul Nor (yang dikenali sebagai Datuk Seri Mohd Amin).

Pada November 2021, Datuk Seri Mohd Amin telah muncul sebagai pemegang saham utama di dalam G3 Global dengan pegangan 25 peratus, dan kemudiannya menjadi pengarah eksekutif kumpulan itu. Beliau merupakan pengasas dan pengerusi firma teknologi Bestinet Sdn Bhd, yang menyediakan penyelesaian teknologi maklumat bagi mengurus buruh asing untuk semua pemegang taruh.

Pada 4 Januari 2020, mantan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Dato’ Sri Alias bin Ahmad telah dilantik sebagai Pengerusi dan Pengarah Bukan Eksekutif. Beliau menggantikan Datuk Wan Khalik Bin Wan Muhammad, yang telah berkhidmat sebagai Pengerusi Eksekutif G3 Global sebelum ini.

Adalah penting untuk diberi perhatian bahawa Green Packet Bhd dan Puan Chan Cheong tiada lagi sebarang kaitan dengan G3 Global, kerana kedua-dua pihak telah tidak lagi menjadi pemegang saham utama Kumpulan. G3 Global akan didorong oleh mandate baharu dengan aspirasi yang lebih baik untuk pertumbuhan lanjut.

G3 Global mengalihkan tumpuannya kepada kecerdasan buatan dan penyelesaian penjgaan kesihatan berasaskan teknologi lain. Di sebalik penjualan kit ujian COVID 19, perniagaan penjagaan kesihatan Kumpulan juga akan meneroka potensi besar kecerdasan buatan dalam penjagaan kesihatan, terutamanya dalam bidang diagnosis penjagaan kesihatan.

--

--

No responses yet